Sunday, May 29, 2016

ERPOC @ Cuci Rahim at 12 weeks Pregnancy

Unfortnately, at 12 weeks of pregnancy Rya terpaksa cuci rahim.
Here's is the story and it's gonna be a looooooooog story: 

15 Mei 2016 (AHAD)
Malam tu, Rya google internet untuk cari klinik untuk scan since my last 2 scan x still x nampak baby dan penerangan yg diberi oleh Dr dari Klinik Qistina, Equine tempoh hari sangat2 tak memuaskan hati. Actually after peristiwa berdarah masa kandungan 6 weeks, Rya ade repeat scan kt Klinik Qistina.
First pegi kena dengan doktor lelaki. Dia scan lagi la xnampak apa. Just nampak kantung kosong.
Dia suruh datang balik the next day untuk scan dengan Dr perempuan yg lebih 'reti' untuk scan.
Scan kt klinik tu sangat la xpuas hati, first dia scan xtunjuk pn monitor tu kt Rya. Dia tengok sorang2 je. Apetah nak nk print out.
Second, semalam dengan doktor laki scan xnmpk tu pn dh kena bayar RM50. The next day lagi RM50.
Doktor kata janin xnampak mungkin sbb lindung dengan uri.
Ukur kantung dia kata saiz kantung 10weeks, sedangkan time tu Rya baru 8weeks.
Rya tanya ada heart beat tak? Doktor kata ada2. Tapi xde dengar ape2 sound apatah lg nampak kt monitor tu jantung berkelip2.

Since dah pindah Kedah, Rya dh bukak buku pink tu masa 10weeks.
Tapi appointment untuk jmpa doktor KK dan scan pada 29 Mei. Lambat lagi kan.
So malam tu Rya decide nak scan jgk kt klinik swasta sebab xpuas hati xdpt tgk lagi baby dlm perut ni.
Google dan baca review Rya decide untuk pegi ke Klinik SP Family sebab review cakap doktor Jesmima tu bagus. Walaupun Rya ade tnya member Rya dan dia suggest klinik lain, tapi Rya pilih Klinik SP Family sebab doktor pakar dia perempuan. Seboleh2 nya nak la jaga aurat, kecuali kalau dh xde doktor perempuan dan darurat.

So pagi tu, Rya pegi la ke Klinik tu.
Daftar kt kaunter, cek BP dan tunggu giliran untuk jumpe Dr Jesmima.
Tunggu dlm 15min, Rya masuk ajak husban sekali.
Dan bermula la kisah sedih :(

Memula dr tanya ade rasa loya2 tak. Rya cakap tak sebab xde alah sgt. Muntah pn xpernah.
Then Dr kata janin tak menjadi. Sebab bila ukur janin tu cuma 6weeks 6days sedangkan rahim masa tu 12weeks 4days dah.
Tgk kt monitor mmg nampak sgt janin tu kecik berbanding kantung yg besar tu.
Time tu mmg Rya pandang husband, dedua xterkata apa2, pastu terus air mata mengalir xberenti dah.
Rasa macam tiba2 jantung jatuh. Macam tula perasaan dia.

Doktor tunjuk kt skrin, ade line putih.
Tu maksudnya dia dah nk lekang dari dinding rahim dan akan jatuh.
Scan tu mmg detailed dan clear sgt nampak semua. Puas hati dari scan kt Klinik Qistina.
Doktor ckp heart beat pn xde so memang confirm la janin tak hidup.

Since Rya xde bleeding ape hari tu, Dr tanya nak tunggu dia jatuh sendiri atau Dr buat surat refer hospital utk cuci?
Rya ckp nk nk cuci sebab xnak tunggu lama lagi, since janin tu pn dh lama x hidup dlm rahim Rya dan xde pun dia nak jatuh.


Kuar dari klinik, menanges je. Rase patient2 yg ade tengah menunggu tu pn perasan tgk mata Rya merah. Husband x ckp ape2 pn.
Masuk dalam kereta lagi la nanges x cover2 dah. Husband tarik kepala dan Rya nanges kat bahu dia puas.
Pastu Rya dah xnanges, redha dah dengan ketentuan Allah.
Petang tu balik dan bagitau mak abah sume.
Malam tu Rya google baca pengalaman orang tentang keguguran dan D&C.
Nak prepare dan stand by kan diri dengan procedure dia nanti macam mana.
Petang tu jugak dan2 pulak darah coklat2 kuar. Tapi sikit2 je.

17 Mei 2016 (ISNIN)
Patutnya hari ni Rya ke outstation ke Sg Limau. Lawat plot padi.
Tapi Rya dh whatsapp bos Rya yg Rya kena refer hospital dan xdapat join dorang.
Pagi tu lepas hantar Danny sekolah, Rya dan husband pegi breakfast siap2. 
Lupa pulak mak pesan suh makan berat2 sikit sebab nanti kena puasa sebelum operation tu.
Rya pulak just makan roti jalan 2 keping je.


Sampai Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani, daftar kt kaunter klinik pakar dan terus refer ke O&G.
Lama jugak proses dia, menunggu giliran dan amik BP dan berat semua.
Then bila tiba giliran Rya masuk bilik no 2, Pegawai Perubatan Dr Kunasegaran tertulis kt pintu tu.
Then scan, dia kata memang nampak janin kecik tp dia xpuas hati suh Rya pegi bilik scan lain untuk scan lebih detail.
Scan kali ke2, Dr Kuna confirmkan memang xde heart beat dan xnampak aliran darah dari janin tu.
Dr kata kalau ade heart beat dah nampak dah dia shine like a christmas tree.

Muka dedua dah pasrah. Menunggu untuk jmpe doktor pakar,
Tapi untuk double confirm Dr bawak Rya ke bilik scan satu lagi, Dr perempuan, lupa lak nama dia.
Tapi kt pintu dia tulis Doktor Pakar.
Scan dan confirm janin dah xhidup dan refer untuk masuk wad.
Dr Kuna sediakan sume report dan suh balik dulu amik baju semua.
Rya cakap beg baju dah stand by dalam kereta.
Dan dia cakap suh berpuasa jangan makan apa2 lagi.
So dalam pukul 10.30am Rya dah masuk wad Kenanga 9. Tingkat 7.

Lepas tu, Rya kena cek bukaan nk tengok laluan bukak ke tak?
Sebab kalau janin dh nak gugur sendiri mmg laluan akan mengembang.
Tapi xde bukaan pn means dia memang xnak jatuh lagi.


4pm, doktor cek bukaan lagi. Takde.
Doktor masukkan ubat insert. Kecik je, pil kaler putih.
Lepas tu relex2 kt wad. Borak2 dengan patient lain.
Dorang cakap pas masuk ubat akan sakit contraction macam nk bersalin.
Tp alhamdullilah xde rasa sakit, just rasa cramp sikit2 mcm nak period tu.
Sebab Rya tahu hasil google semalam, ubat insert dia bukan macam ubat induce.

Pkl 945pm, Rya dah ditolak ke bilik Bedah tingkat 2.
Time tu dah pakai baju bedah yg ikat2 belakang tu.
Baju2 kecik, dah xpakai.
Barang2 kemas pn awal2 Rya dh tanggal sebelum datang hospital pagi tu.
Sempat whatsapp husband, cakap dah nak masuk OT.

Sampai kt OT, dia staf dia tanya nama, ic dan untuk operation ape.
Rya jawab cuci, sebab xtau pn nama operation tu ERPOC.
D&C pulak biasanya untuk kandungan lebih dari 12 weeks.
Xtau la ape beza dia.

Katil dah tukar, disorong ke tempat transit untuk menunggu giliran. Masa tu Rya sorang je situ.
Depan Rya ade 2 katil dengan patient yg dah lepas operate.
Masa ini, tali2 baju kt belakang dh dibuka, dan Rya dalam keadaan berkemban dan diselimut.
Then datang staf lelaki muda, doktor ke ape tah, atau mungkin pakar bius, dia tnya pasal alahan, sejarah penyakit keluarga, penah operate ke tak, alah dengan ubat tak, boleh tido dengan satu bantal ke tak.
Then dia cakap Rya akan dibius sepenuhnya dengan gas dan insert kt air ke dalam badan.
Rya tak tahu berapa lama Rya tunggu situ sebab nampak jam tapi dengan mata tanpa cermin mata mmg la xnmpk pukul brpae time tu.

And then, Rya ditolak ke Dewan Bedah 2.
Bilik kecik yg ade lampu spotlight tu.
Tukar katil lagi ke katil yg sama besar je dgn badan kite tu, gerak sikit mmg tergolek.
Dia just rapatkan katil dan dan sentap Rya nye alas kain untuk ke katil sebelah.
Masa dia ade 2 orang perempuan dlm bilik tu dengan lelaki muda tadi.
Rya dipakaikan wayar 3 point kt badan, alat utk cek BP dan masukkan air.
Tgk jam kt bilik tu pukul 945, nasib baik nampak tu pn jenuh kena kecikkan mata.
Then dia suruh sedut gas yg dipekup ke mulut, dia suh tarik hembus, tarik hembus.
Itu yg terakhir Rya dengar.

Lepas tu Rya sedar dah kt tempat transit tadi. Sedar sendiri.
Tgk jam kt tangan nurse 10.15pm.
Sekejap je.
Takde rasa ape2 yg weird atau sakit ape2. Tertanya2 jgk dah siap ke?
Masa tu still mata terkebil2 sebab khayal2 lagi.

Lepas tukar balik baju wad kaler pink tu, Rya ditolak balik ke wad.
Sampai balik situ dalam pukul 11.30pm, dah gelap memasing dh tido.
Misi pesan lepas 6jam dah boleh try minum n makan, tengok muntah ke tak.
Then Rya tido sampai la pukul 6am.

18 Mei 2016 (SELASA)
Sedar2 rasa nak terkencing sgt, kencing dan tgk banyak darah merah keluar.
Tukar pad dari pad yg dorang selit ke pad biasa yg Rya bawak.
Alhamdullilah bangun xde la rase pening ke ape.
Boleh jalan sendiri macam biasa ke toilet.
Pastu try minum dan makan roti ikan bilis yg Rya bawak dari rumah.
Alhamdullilah takde muntah balik.

Takut jugak sbb xde rasa ape2 ni, mungkin lepas abis bius sakit pulak.
Alhamdullilah sampai ke hari ni hari ke 13 xde rase sakit ape pn.
Still xpercaya dah cuci rahim sebab serius xsakit.
Baca pengalaman orang, ade yg cakap xken bius, cuci rahim hidup2, sakit gile.
Rya rasa bersyukur sgt sebab urusan Rya sangat2 dipermudahkan.

Pagi tu doc scan dan cakap ade darah beku sikit, tp janin semua dah abis keluar.
So ptg kang boleh balik
Pukul 530 Rya bali dengan dijemput husband.
Dapat mc 14 hari, bayar RM0 sbb pakai GL, dan diberi ubat paracaetamol.
Misi pesan, kalau demam, tumpah darah atau pengsan terus pegi ke unit kecemasan.

Alhamdulliah settle.
Dan bersyukur jgk aurat Rya terpelihara.
Cuma xsure doktor yg buat ERPOC lelaki ke perempuan sbb masa sedar tu xperasan ade doktor ke tak.

Bermula la tempoh berpantang.
Waktu post ini ditulis Rya dah masuk keje balik dah.
Nanti Rya tulis pasal cara Rya berpantang gugur pulak yer.
Doakan rezeki Rya lebih baik lepas ni ye, walaupun sedih, Rya redha dengan apa yg Allah dah tentukan untuk Rya.

1 comment:

  1. mga terus tabah. igt allah adalah sebaik2 perancang. DIA xkan uji jika kita x mampu. insyallah mungkin ada yg lbh baik lg slpas ni. amin.

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

    Untuk Diriku + Dirimu = Kita Semua

    Sahabat2, semua daripada kita pernah merancang kan? dari sekecil-kecil perancangan sehinggalah sebesar-besar perancangan.

    Kita merancang apa kan kita lakukan selepas ini,
    Kita merancang apa akan kita lakukan esok,
    Kita merancang apa akan berlaku minggu depan,
    Kita merancang akan bergraduasi beberapa tahun akan datang,
    Sehinggalah kita merancang apa akan berlaku 10 tahun akan datang,
    Adakah kita benar-benar pasti segalanya akan berlaku seperti yang dirancang?
    Ketahuilah,
    Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.
    Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya.


    Yang pastinya, janganlah bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan. Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang. Kita cuma hambaNya yang kerdil. Janganlah sesekali kita berputus asa dengan ape yang berlaku. Teruslah teguh berdiri megharap rahmat daripadaNya.

    "...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." ( Yusuf, 12:87)

    Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi!

    Walaupun perkara pahit menimpa, walaupun perkara menyakitkan menjenguk, walaupun perkara sedih datang menyapa. Walau perkara buruk berlaku. Percayalah, akan ada manis di akhirnya.

    Kadangkala, Allah beri kita hujan lebat yang disertai dengan petir dan kilat serta guruh. Tetapi, selepas itu, Allah beri kita pelangi yang sangat indah. Subhanallah, indahnya aturan Allah.

    Reda dan terimalah setiap ketentuan Ilahi itu dengan hati yang terbuka dan yakinlah susunan Allah sentiasa yang terbaik buat kita semua.

    Di dalam setiap perancangan itu, sertakanlah dengan doa pada Allah. Reda lah apa yang berlaku andai ia tidak seperti yang dirancang. Terimalah setiap ketentuan Ilahi. Yakinlah, susunan Allah sentiasa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Allah tidak akan mengatur sesuatu yang sia-sia, semuanya bersulam hikmah yang sangat halus dan sangat hebat!


    " ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)

    ReplyDelete