Thursday, November 9, 2017

Update pregnancy at 30 weeks

Alhamdullilah dah masuk trimester ketiga.
Dah lega sikit sebab dah xlama dah nak bawak perut.
Lately rasa sakit sangat kt celah paha, nak melangkah pn kena slow2 sebab sakit.
Kalau jalan lama-lama rasa senak kt ari2. Mungkin sebab baby dah berat dan dah ke bawah.

Macam biasa, still kena amik bsp.
Sekarang pi cek up di KKIA dan 2 minggu sekali, so cek bsp pn 2 minggu sekali sebelum hari cek up tu.
Minggu lepas (29 weeks) ada appointment dengan doktor pakar, kena revised bacaan bsp sbelum ni.
Doktor kata dah 2x bacaan tinggi, kalau lagi sekali bacaan lebih dari 6 dah kena start insulin. Takut!!
Tapi alhamdullilah next bsp memang Rya jaga betul2 makan, so bacaan xlebih pun dari 6. 
Alhamdullilah xyah insulin. Hehe.

Masa dengan doktor pakar tu doktor buat detail scan sekali untuk pantau perkembangan baby.
Alhamdullilah baby seem ok. Doktor confirmkan sekali lagi baby yang bakal lahir adalah baby boy.
Berat baby masa 29 weeks tu adalah 1.3kg.
Uri kat atas, ketuban ok.
Cuma kedudukan baby masih kt atas. Doktor cakap jangan risau sebab banyak lagi masa untuk dia pusing ke bawah.
Lagipun sekarang masih banyak ruang so memang dia akan pusing2 lagi.


Start 28 weeks @ 7 bulan dah kena isi carta gerakan baby.
Rya pakai alat ni. Dapat masa sign up Anmum Club. Kalau baby gerak tekan je button purple tu.
Cukup 10x akan kuar music. So nnti tgk la jam pukul brapa dan catat la kat buku pink kita tu.
Alhamdullilah baby aktif sangat.
Kadang mengah sangat rasa sebab kejap2 dia tendang kt ari2, kejap2 kt atas perut pulak.
Tah la apa yg dia buat kat dalam tu.
Dalam pukul 3-4 ptg biasanya dah cukup 10x gerakan.

Persiapan untuk bersalin alhamdullilah dah almost 90% ready. Tinggal a few things mcm kelengkapan jamu, mandian baby, botol susu dll je lagi.
Pad loop ni Rya beli di 99 speedmart. Since nanti nak bersalin di HSAH Sg Petani, dan berdasarkan review mak2 yg melahirkan kat sana, nanti dalam labor room misi akan mintak sepek maternity pad jenis loop ni. Lepas dah balik rumah nanti tak kisah la kalau nak pakai pad biasa tu.
Rya penah beli maternity pad jenama pureen tp a bit pricey.
So sebab pikir bukan nk pakai banyak so beli la yg speedmart punya.
Harga RM2+ je ok.
Xrugi kalau tak pakai abis pun.

Memula plan nk beli set tilam fiber tu je. Dalam RM80 je per set sebab pikir dia ringan n senang kalau nk bawak gi travel.
Tapi ternampak orang nk letgo set tilam ni RM100 je.
Kenan sangat sebab sarung dia jenis sulam pesen dulu2 tu. Susah nak dapat mcm ni sekarang. Lagi2 dengan harga murah macam ni.
Dah la dapat 2 sarung pulak tu. Memang worth it sangat. Mak pun suka. Mak kata macam sarung tilam kami adik beradik masa baby dulu2.

Dari awal mengandung memang plan nak pakai cloth diapers.
Since masa time Danny dulu pun pakai jugak.
Tapi since mintak CD lama Danny kt Daddy dia, x bagi2 terpaksa la beli lain.
Mostly beli yg terpakai je.
So dok ada dalam 40+ pcs CD.

Ni Danny masa 3weeks old pakai CD amik kat blog lama AkuYangRya
Rindunya Danny time ni.

Dah masuk 30weeks ni dah nak kena stand by la apa yang patut.
Rya dah start basuh baju2 baby dah.
So by the time 32weeks nanti (8bulan) nak masukkan apa yg patut dalam beg untuk stand by dalam kereta siap2.


Seronoknya tengok baju comel2 macam ni.
Mostly baju2 sume beli sebab baju anak2 sebelum ni dah xde. Kiranya macam persiapan anak sulung balik la walaupun sebenarnya dah anak ke-4.
Semua pun kena beli balik.
Tapi baju2 ade beberapa lai je yg beli baru, yang lain beli baju budle. Harga timbang kilo.
Walaupun bundle tapi ada yang branded dan yg penting masih like new. Puas hati tau.
Beli sikit2 tapi at the masa nak basuh kena buat 3 load jugak!
Tapi Rya xde la beli baju NB je sume. Banyak yg 3-6 mos dan ada jugak yg 9mos.
Sebab tahu baju NB ni bukan nak pakai lama pun.

Itu je update untuk 30weeks. Mungkin sekali update lagi dah beranak.
Doakan baby Rya sihat dan sempurna dan dipermudahkan urusan Rya bersalin nanti yer.
8 tahun tak beranak, jangan lupa macam mana nak meneran dah la.


Sunday, October 1, 2017

Update pregnancy at 25 weeks

I'm 25 weeks now. Dah lega sebab dah masuk trimester ke-2.
Dah xde rasa mual, loga2, alahan bagai.
Selera makan pun membuak2.
Paling bes sebab tengok perut dah makin membesar.
Masa trimester pertama rasa perut besar sebab lemak je.

Tapi pregnancy kali ni berbeza dengan pregnancy sebelum2 ni walaupun dah 4 kali prenant (termasuk gugur).
Sebabnya kali ni kena amik ujian minum air gula kat KKIA.
Sebelum2 ni mana penah kena minum. 
So kiranya pengalaman baru la kali ni dan tak boleh nak elak sebabkan faktor bmi dan usia.
Malangnya Rya gagal ujian minum air gula tu dan bacaan selepas minum adalah tinggi 9.3.

So pregnancy kali ni Rya ada GDM on diet control.
Kena jaga makan tak boleh bagi paras gula dalam badan terlalu tinggi.
Dan kena amik ujian BSP (ujian untuk baca gula dalam darah) 4x sehari sebulan sekali sebelum cek up kat KKIA.
So far dah banyak kali buat test bsp sendiri (Rya beli alat cek glukose tu kat farmasi) so dah tau macam mana nk control makan supaya bacaan tak tinggi.
Biasanya Rya makan macam biasa cuma hari buat ujian dan hari sebelumnya tu Rya kawal skit intake gula :P

Rya kena jumpa pakar pemakanan dan diajar untuk pandai pilih makanan apa untuk dimakan.
Ada makanan yg boleh amik dalam kuantiti sikit dan ada yang x boleh amik langsung.
Air manis dan makanan manis memang totally tak boleh amik. 
Tapi Rya ada je amik air manis sehari sekali tapi make sure minum air kosong banyak at least 3L sehari untuk bilas balik.
Nasi boleh makan 2x sehari tapi kuantiti nasi tu hanya la segenggam setiap meal dan kena banyakkan pengambilan sayur hijau.
Buah pun kena kawal sebab kebanyakkan buah mengandungi gula yang tinggi.

Dan yang bes bila dah trimester ke2 ni sebab Rya dah rasa gerakan baby.
Rya dapat rasa seawal usia kandungan 20 weeks. Masa tu baru gerak geli2 je
Tapi lama2 makin kuat rasa dia menendang.
Selalu kalau Rya baring, Rya suka tekan2 perut dan dia akan balas dengan relect tendangan.

Masa 22 weeks Rya dan husband dah pegi untuk buat detailed scan.
Hehehe, dah tau dah jantina. Insyallah Danny akan dapat baby boy.
Walaupun Rya harap dapat baby girl tapi apa pun alhamdullilah dan tak kisah kalau dapat boy pn.
Boleh jadi geng Danny.
Lepas ni takleh la rehat lama sangat, kena usaha nk dapatkan baby girl pulak.
Mak cakap lepas pantang tak yah amik perancang, bagi lekat terus.

Masa detailed scan dapat lihat semua bahagian2 baby secara detail.
Air ketuban ok, kedudukan plasenta kat atas, berat baby pun ok.
Doc siap kira jari kaki dan tangan cukup tak.
Cuma masa scan haritu tak dapat nk tengok muka baby sebab dia xmengadap ke depan.
Insyallah tunggu 30 weeks nanti nak pi scan untuk 5D pulak.

Alhamdullilah, Allah masih murahkan rezeki Rya untuk hamil lagi walaupun kali ni Rya TTC selama hampir 2 tahun.
Semoga baby Rya terus sihat dalam kandungan dan selamat dilahirkan bila tiba masanya nanti.
Macam tak percaya dah nak jadi ibu kepada 4 orang anak dah.
Semoga bertemu di lain entry, di lain update.
Assalamualaikum.

Sunday, July 23, 2017

I'm expecting again


Alhamdullilah, genap setahun lepas kejadiaan Rya gugur haritu, Rya disahkan hamil lagi.
Dalam masa setahun tu, memang macam2 usaha Rya buat untuk hamil.
Termasuk la amik supplement dan vitamin2 untuk meningkatkan kesuburan.
Ditambah pulak setahun ni Rya PJJ dengan husband.
Jumpa pun kadang 2minggu sekali mcm tu jer.
Tp alhamdullilah, akhirnya penantian kami berakhir juga.

Bulan lepas, period Rya memang lewat sampai 8 hari.
Ingatkan dah pregnant tapi cek upt negative.
Akhirnya hari ke 9 tu period datang pulak.
Memang kecewa lagi la cerita dia.

Bulan ni, (May 2017) period lewat sampai 12 hari.
Sebelum ni period selalu je datang on time,
Tapi sebab Rya pikir mungkin perubahan hormon, so period lewat.
So xpikir sangat la kemungkinan untuk pregnant.
Walaupun rasa lain macam, perut macam buncit, dan nipple rasa sore.
Tapi selalu kalau nak period memang akan rasa macam tu jugak.

Before that, Rya ada masuk perlawanan bola jaring anjuran MOA Pulau Pinang. Melompat tak ingat.
Dan hari sepatutnya due period Rya dan husband bercuti ke Pulau Perhentian.
Masa kat sana botman ada tegur Rya, 'mengandung ke?' dan ofkos la Rya cakap tak.

Sehari sebelum buat test UPT, Rya ikut husband dan abang ke Stadium Shah Alam tengok final bola.
Masa Kedah menang, memang melompat tak ingat.
Dan FYI, sejak dari hari patut period memang ada keluar spotting brown.
Sebab sebelum ni ada penah jadi nak period tapi kuar spotting brown dulu so xde la heran sangat.

The next day, cek UPT alhamdullilah. 2 line yang ditunggu-tunggu pun menunjukkan diri.
Tapi Rya masih takut dan trauma lepas gugur haritu, sbb ada syptom yg sama iaitu kuar brown spotting tu.

Lepas tu terus pegi klinik untuk scan.
Doktor scan ikut perut memang xnampak. Nampak kantung saja.
Yerlah sebab time tu masih awal sangat. Baru 5 weeks.
Then doktor scan ikut bawah, vaginal ultrasound.
Alhamdullilah nampak dah janin dan dengar heartbeat, lega sangat.

Dan sebab Rya penah gugur, Doktor bagi ubat kuat rahim duphason untuk 2 minggu dan ubat cucuk kt bontot.
Lagi 2 minggu kena datang scan lagi.
Doakan moga perjalanan hamil kali ni dipermudahkan dan semuanya baik-baik untuk Rya dan suami ya.
Due Rya pada 16 January 2018. Sama bulan dgn kelahiran Rya dan suami.

Sunday, May 29, 2016

ERPOC @ Cuci Rahim at 12 weeks Pregnancy

Unfortnately, at 12 weeks of pregnancy Rya terpaksa cuci rahim.
Here's is the story and it's gonna be a looooooooog story: 

15 Mei 2016 (AHAD)
Malam tu, Rya google internet untuk cari klinik untuk scan since my last 2 scan x still x nampak baby dan penerangan yg diberi oleh Dr dari Klinik Qistina, Equine tempoh hari sangat2 tak memuaskan hati. Actually after peristiwa berdarah masa kandungan 6 weeks, Rya ade repeat scan kt Klinik Qistina.
First pegi kena dengan doktor lelaki. Dia scan lagi la xnampak apa. Just nampak kantung kosong.
Dia suruh datang balik the next day untuk scan dengan Dr perempuan yg lebih 'reti' untuk scan.
Scan kt klinik tu sangat la xpuas hati, first dia scan xtunjuk pn monitor tu kt Rya. Dia tengok sorang2 je. Apetah nak nk print out.
Second, semalam dengan doktor laki scan xnmpk tu pn dh kena bayar RM50. The next day lagi RM50.
Doktor kata janin xnampak mungkin sbb lindung dengan uri.
Ukur kantung dia kata saiz kantung 10weeks, sedangkan time tu Rya baru 8weeks.
Rya tanya ada heart beat tak? Doktor kata ada2. Tapi xde dengar ape2 sound apatah lg nampak kt monitor tu jantung berkelip2.

Since dah pindah Kedah, Rya dh bukak buku pink tu masa 10weeks.
Tapi appointment untuk jmpa doktor KK dan scan pada 29 Mei. Lambat lagi kan.
So malam tu Rya decide nak scan jgk kt klinik swasta sebab xpuas hati xdpt tgk lagi baby dlm perut ni.
Google dan baca review Rya decide untuk pegi ke Klinik SP Family sebab review cakap doktor Jesmima tu bagus. Walaupun Rya ade tnya member Rya dan dia suggest klinik lain, tapi Rya pilih Klinik SP Family sebab doktor pakar dia perempuan. Seboleh2 nya nak la jaga aurat, kecuali kalau dh xde doktor perempuan dan darurat.

So pagi tu, Rya pegi la ke Klinik tu.
Daftar kt kaunter, cek BP dan tunggu giliran untuk jumpe Dr Jesmima.
Tunggu dlm 15min, Rya masuk ajak husban sekali.
Dan bermula la kisah sedih :(

Memula dr tanya ade rasa loya2 tak. Rya cakap tak sebab xde alah sgt. Muntah pn xpernah.
Then Dr kata janin tak menjadi. Sebab bila ukur janin tu cuma 6weeks 6days sedangkan rahim masa tu 12weeks 4days dah.
Tgk kt monitor mmg nampak sgt janin tu kecik berbanding kantung yg besar tu.
Time tu mmg Rya pandang husband, dedua xterkata apa2, pastu terus air mata mengalir xberenti dah.
Rasa macam tiba2 jantung jatuh. Macam tula perasaan dia.

Doktor tunjuk kt skrin, ade line putih.
Tu maksudnya dia dah nk lekang dari dinding rahim dan akan jatuh.
Scan tu mmg detailed dan clear sgt nampak semua. Puas hati dari scan kt Klinik Qistina.
Doktor ckp heart beat pn xde so memang confirm la janin tak hidup.

Since Rya xde bleeding ape hari tu, Dr tanya nak tunggu dia jatuh sendiri atau Dr buat surat refer hospital utk cuci?
Rya ckp nk nk cuci sebab xnak tunggu lama lagi, since janin tu pn dh lama x hidup dlm rahim Rya dan xde pun dia nak jatuh.


Kuar dari klinik, menanges je. Rase patient2 yg ade tengah menunggu tu pn perasan tgk mata Rya merah. Husband x ckp ape2 pn.
Masuk dalam kereta lagi la nanges x cover2 dah. Husband tarik kepala dan Rya nanges kat bahu dia puas.
Pastu Rya dah xnanges, redha dah dengan ketentuan Allah.
Petang tu balik dan bagitau mak abah sume.
Malam tu Rya google baca pengalaman orang tentang keguguran dan D&C.
Nak prepare dan stand by kan diri dengan procedure dia nanti macam mana.
Petang tu jugak dan2 pulak darah coklat2 kuar. Tapi sikit2 je.

17 Mei 2016 (ISNIN)
Patutnya hari ni Rya ke outstation ke Sg Limau. Lawat plot padi.
Tapi Rya dh whatsapp bos Rya yg Rya kena refer hospital dan xdapat join dorang.
Pagi tu lepas hantar Danny sekolah, Rya dan husband pegi breakfast siap2. 
Lupa pulak mak pesan suh makan berat2 sikit sebab nanti kena puasa sebelum operation tu.
Rya pulak just makan roti jalan 2 keping je.


Sampai Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani, daftar kt kaunter klinik pakar dan terus refer ke O&G.
Lama jugak proses dia, menunggu giliran dan amik BP dan berat semua.
Then bila tiba giliran Rya masuk bilik no 2, Pegawai Perubatan Dr Kunasegaran tertulis kt pintu tu.
Then scan, dia kata memang nampak janin kecik tp dia xpuas hati suh Rya pegi bilik scan lain untuk scan lebih detail.
Scan kali ke2, Dr Kuna confirmkan memang xde heart beat dan xnampak aliran darah dari janin tu.
Dr kata kalau ade heart beat dah nampak dah dia shine like a christmas tree.

Muka dedua dah pasrah. Menunggu untuk jmpe doktor pakar,
Tapi untuk double confirm Dr bawak Rya ke bilik scan satu lagi, Dr perempuan, lupa lak nama dia.
Tapi kt pintu dia tulis Doktor Pakar.
Scan dan confirm janin dah xhidup dan refer untuk masuk wad.
Dr Kuna sediakan sume report dan suh balik dulu amik baju semua.
Rya cakap beg baju dah stand by dalam kereta.
Dan dia cakap suh berpuasa jangan makan apa2 lagi.
So dalam pukul 10.30am Rya dah masuk wad Kenanga 9. Tingkat 7.

Lepas tu, Rya kena cek bukaan nk tengok laluan bukak ke tak?
Sebab kalau janin dh nak gugur sendiri mmg laluan akan mengembang.
Tapi xde bukaan pn means dia memang xnak jatuh lagi.


4pm, doktor cek bukaan lagi. Takde.
Doktor masukkan ubat insert. Kecik je, pil kaler putih.
Lepas tu relex2 kt wad. Borak2 dengan patient lain.
Dorang cakap pas masuk ubat akan sakit contraction macam nk bersalin.
Tp alhamdullilah xde rasa sakit, just rasa cramp sikit2 mcm nak period tu.
Sebab Rya tahu hasil google semalam, ubat insert dia bukan macam ubat induce.

Pkl 945pm, Rya dah ditolak ke bilik Bedah tingkat 2.
Time tu dah pakai baju bedah yg ikat2 belakang tu.
Baju2 kecik, dah xpakai.
Barang2 kemas pn awal2 Rya dh tanggal sebelum datang hospital pagi tu.
Sempat whatsapp husband, cakap dah nak masuk OT.

Sampai kt OT, dia staf dia tanya nama, ic dan untuk operation ape.
Rya jawab cuci, sebab xtau pn nama operation tu ERPOC.
D&C pulak biasanya untuk kandungan lebih dari 12 weeks.
Xtau la ape beza dia.

Katil dah tukar, disorong ke tempat transit untuk menunggu giliran. Masa tu Rya sorang je situ.
Depan Rya ade 2 katil dengan patient yg dah lepas operate.
Masa ini, tali2 baju kt belakang dh dibuka, dan Rya dalam keadaan berkemban dan diselimut.
Then datang staf lelaki muda, doktor ke ape tah, atau mungkin pakar bius, dia tnya pasal alahan, sejarah penyakit keluarga, penah operate ke tak, alah dengan ubat tak, boleh tido dengan satu bantal ke tak.
Then dia cakap Rya akan dibius sepenuhnya dengan gas dan insert kt air ke dalam badan.
Rya tak tahu berapa lama Rya tunggu situ sebab nampak jam tapi dengan mata tanpa cermin mata mmg la xnmpk pukul brpae time tu.

And then, Rya ditolak ke Dewan Bedah 2.
Bilik kecik yg ade lampu spotlight tu.
Tukar katil lagi ke katil yg sama besar je dgn badan kite tu, gerak sikit mmg tergolek.
Dia just rapatkan katil dan dan sentap Rya nye alas kain untuk ke katil sebelah.
Masa dia ade 2 orang perempuan dlm bilik tu dengan lelaki muda tadi.
Rya dipakaikan wayar 3 point kt badan, alat utk cek BP dan masukkan air.
Tgk jam kt bilik tu pukul 945, nasib baik nampak tu pn jenuh kena kecikkan mata.
Then dia suruh sedut gas yg dipekup ke mulut, dia suh tarik hembus, tarik hembus.
Itu yg terakhir Rya dengar.

Lepas tu Rya sedar dah kt tempat transit tadi. Sedar sendiri.
Tgk jam kt tangan nurse 10.15pm.
Sekejap je.
Takde rasa ape2 yg weird atau sakit ape2. Tertanya2 jgk dah siap ke?
Masa tu still mata terkebil2 sebab khayal2 lagi.

Lepas tukar balik baju wad kaler pink tu, Rya ditolak balik ke wad.
Sampai balik situ dalam pukul 11.30pm, dah gelap memasing dh tido.
Misi pesan lepas 6jam dah boleh try minum n makan, tengok muntah ke tak.
Then Rya tido sampai la pukul 6am.

18 Mei 2016 (SELASA)
Sedar2 rasa nak terkencing sgt, kencing dan tgk banyak darah merah keluar.
Tukar pad dari pad yg dorang selit ke pad biasa yg Rya bawak.
Alhamdullilah bangun xde la rase pening ke ape.
Boleh jalan sendiri macam biasa ke toilet.
Pastu try minum dan makan roti ikan bilis yg Rya bawak dari rumah.
Alhamdullilah takde muntah balik.

Takut jugak sbb xde rasa ape2 ni, mungkin lepas abis bius sakit pulak.
Alhamdullilah sampai ke hari ni hari ke 13 xde rase sakit ape pn.
Still xpercaya dah cuci rahim sebab serius xsakit.
Baca pengalaman orang, ade yg cakap xken bius, cuci rahim hidup2, sakit gile.
Rya rasa bersyukur sgt sebab urusan Rya sangat2 dipermudahkan.

Pagi tu doc scan dan cakap ade darah beku sikit, tp janin semua dah abis keluar.
So ptg kang boleh balik
Pukul 530 Rya bali dengan dijemput husband.
Dapat mc 14 hari, bayar RM0 sbb pakai GL, dan diberi ubat paracaetamol.
Misi pesan, kalau demam, tumpah darah atau pengsan terus pegi ke unit kecemasan.

Alhamdulliah settle.
Dan bersyukur jgk aurat Rya terpelihara.
Cuma xsure doktor yg buat ERPOC lelaki ke perempuan sbb masa sedar tu xperasan ade doktor ke tak.

Bermula la tempoh berpantang.
Waktu post ini ditulis Rya dah masuk keje balik dah.
Nanti Rya tulis pasal cara Rya berpantang gugur pulak yer.
Doakan rezeki Rya lebih baik lepas ni ye, walaupun sedih, Rya redha dengan apa yg Allah dah tentukan untuk Rya.

Tuesday, April 5, 2016

Bleeding at 6 weeks pregnancy

Hari Jumaat lepas balik kampung, siap angkut printer dan mesin cameo sebab nak siapkan order customer kat kampung.
Hari Isnin balik Serdang semula, amik mc hari tu sebab penat. 
Malam lepas mandi perasan ade darah merah kat pantyliner!

Dah cuak gile, lepas mandi terus baring atas katil.
Siap google 'pendarahan di awal kehamilan', 'tanda-tanda keguguran'.
Rya xde experience gugur sebelum ni.
Masa pregnantkan Dhiya, ada bleeding jgk tp darah warna coklat.
Berlanjutan hingga ke 12 minggu. 
Tapi sib baik xde ape2.

Kali ni risau jgk, sebab darah merah.
Nyesal pulak angkat printer dan beg baju berat naik rumah tingkat 5 semalam.

Pagi ni pegi Klinik Qistina.
Doc scan nampak kantung dan ukur saiz memang ngam untuk kandungan 6 minggu.
Tapi belom nampak heart beat. 
Mungkin sebab kandungan masih baru.

Doc bagi ubat untuk kuatkan rahim.
Duphaston namanya.
Doc pesan datang balik untuk scan 2 minggu lagi.
Tengok membesar ke tak.
Kalau saiz still sama, doc akan buat surat untuk refer hospital untuk DnC.

Doc tak dapat nak sahkan gugur ke tak sebab bleeding biasa terjadi di awal kehamilan.
Boleh jadi dia warning untuk bagitau rahim tak kuat.
Kalau still x jaga dan lasak, mungkin boleh sebabkan keguguran.

Doc nasihatkan jangan angkat bende berat2, dan jangan banyak berjalan.
Teringat Rya balik kampung siap sental lantai toilet dan heret buaian besi yang baru beli tu.

Insyallah harap xde ape2 yang x diingini berlaku. 
Pagi ni masih ada blood show tapi warna coklat jer.
Harap baby kuat dan bertahan yer!

p.s: scan tadi nampak satu kantung jer. Punah harapan nak baby twin. Hehe xpela. Asalkan sihat.

Thursday, March 31, 2016

I'm expecting!



Alkisahnya macam ni. 
Rya memang tiap2 bulan alert dengan tarikh datmg period. 
Kadang2 punye la x sabar, belom tarikh patut datang period pun dah buat test UPT. 
Sejak kahwin bulan Ogos tahun lalu, dah 4-5 kali buat UPT tapi keputusannya semua negative.
Kecewa. 
Sebab nak sangat dapat baby cepat2. 
Tapi rezeki Allah nak bagi tu dah tertulis kan? 
Dia bagi atau tak bagi bukan saja2, semua bersedia. 
Dan bila Allah bagi, tak tercepat atau tak terlewat. 
Allah bagi pada waktu yang paling sesuai. 
Dan Rya yakin ada rezeki untuk Rya nanti sebab Allah dah janji ada habuan untuk orang2 yang sabar dan redha. 

Kitar haid Rya 34 hari sebulan. 
Mmg Rya update tiap2 kali datang period kt apps kt hp. 
Hari yang sepatutnya Rya datang period, perut Rya memulas2. 
Tu memang tanda2 Rya nak dtg period. Memang tiap bulan macam tu. 

Sehari period lewat Rya dah berharap agar period kali ni tak datang2 dah. 
Hati dah berbunga2 walaupun ada rasa tak nak berharap takut kecewa lagi. 
2 hari lewat, Rya buat test UPT
UPT tester memang ade kt rmh sebab Rya selalu beli 2-3 pack saja nk buat stok. 

Keputusannya mengecewakan, negative :(
Hari ke3, Rya selsema dan demam sampai mc 2 hari. 
Suami buat lawak, demam2 ni dah ada isi la ni (sambil usap2 perut).
Rya diam je sambil senyih.
Husband ckp malam ni dia asyik mimpi Rya pregnant.
Dalam hati, remuk jgk. Sebab tak sampai hati nak bgtau suami yang dah buat UPT semalam dan keputusannya negative. 
UPT tu Rya buang dalam tong sampah dalam2.
Taknak bagi suami nampak dan tahu Rya buat UPT. 

Lepas suami ckp macam tu, Rya korek balik sampah sampai bawah sebab nak cari balik UPT tu!
Tak puas hati jgk. 
Tp keputusan kt UPT tu tetap 1 line. :((
Sebab konon mengharap kot2 lama sikit tiba2 naik lg 1 line kan. 
Habis lengan berbau sampah. 

Hari selepas itu, iaitu 4 hari lewat period Rya dah syak. 
Sebab period Rya tak pernah lewat sampai 4 hari. 
Dalam hati, dok berdoa harap betul2 la pregnant walaupun UPT dah menunjukkan yg sebaliknya. 
Rya google 'UPT negative tapi hamil' dan baca pengalaman2 org yang alami situasi sama macam Rya. 
Ikutkan pengalaman yg lepas, masa pregnantkan Danny, Rya buat UPT sehari sebelum hari Rya period dan mmg dah nampk 2 line dengan jelas. 
So bajet2 kalau pregnant kali ni pun macam tu jgk. 

Hari tu Rya beli lagi 2 UPT. 
UPT Rya beli semua yang murah2 je. RM5-7 je. 
Xpenah beli UPT clear blue tu. Sebab kalau x pregnany mcm rugi pulak kan. 
Malam balik dari keje, Rya test lagi. 
Hasilnye kecewa lagi. 
Rya siap hantuk kepala kt toilet tau :(
Kuar dari toilet dan nak buang UPT tu. 
Tapi..tapi...tapi...
Rya mcm nampk ade line satu lagi. 
Sangat la xjelas. 
Renung lama2, nmpk mcm ade line atau mungkin perasaan Rya je. 
5-6min merenung, akhirnya line tu makin jelas. 
Walaupun xsejelas line petunjuk tu. 

Alhamdullilah. 
Hati dah berbunga 
Inilah yang Rya tunggu2 nak tengok lepas 7 bulan kawen ni. 
Tp hati masih rasa waswas sebab x jelas kan? Takut kalau dh mngharap tibe2 xpregnant lagi la kecewa. 
Rya bgtau husband, tnya husband nampak 1 line ke 2 line. 
Dia ckp 2. Satu tu x jelas. 
Husband dah happy giler. 

Esoknye. Bangun pagi Rya buat lagi sekali lagi UPT. 
Kali ni lagi la xjelas 2 line berbanding ujian semalam. 
Hati dah bercampur baur. 
Pregnant ke tak ni? :(
Pagi tu, selepas sarapan di luar kami ke Klinik Qistina. 
Asalnya nak scan tengok rahim ada kantung/ kembang x. 
Doc kata kalau scan pn xnampak lg sebab masih terlalu awal. 
So sekali lg buat UPT. 
Doc ckp tahniah, puan pregnant. 
2 line kt UPT tu naik dengan jelasnya. 
Pdahal Rya tengok UPT tu sama je bentuk macam UPT Rya. UPT murah je 😁

Alhamdullilah. Kandungan dah 5 minggu 4 hari hari ni. 
Estimate EDD 23 November 2016 insyallah. 
Lepas 7 bulan setengah kawen, akhirnya Allah bagi rezeki yang Rya nak tu. 
Pregnancy ke 4 selepas 7 tahun. 
Byk yang Rya kena belajar balik dan nak kena prepare balik sebab dah lupa dah. 
Alhamdullilah berhasil jgk diet atkins yang Rya buat 
Rya niat nak buat diet atkins tu pun sebab nak pregnant. 
1/2-25/3 lost 7kg. 

Tahniah suami, bakal jadi bapa tak lama lagi. 
Tahu dia punya excited tu macam mana. 
Alhamdullilah Allah bagi jgk rezeki anak untuk Rya untuk perkahwinan kedua Rya ni. 
Pada semua yang pernah Rya kirim doa untuk pregnant ke tanah suci, terima kasih byk2. Paling last sekali Rya kirim doa dgn mak mertua Rya sendiri. 
Alhamdullilah makbul. 

Masih terlalu awal. 
Masih jauh lagi perjalanan. 
Doakan yang baik2 untuk Rya dan suami dan anak yang Rya kandung. 
Doakan dia terus kuat dan sihat dalam kandungan Rya. 
Mak pesan 'toksah dok loncat2 sgt' 
Hahhahahaha. 
Untung mak dan abah. Tahun ni, bln lepas je dh terima 2 org cucu. 
Dan hjg tahun nnti insyallah lagi sorang. 
So nnti anak Rya, anak abang dan anak adik sebaya. 

Alhamdullilah syukur ya Allah. 
Terima kasih kerana beri lagi rezeki untuk merasai nikmat mengandung, melahirkan dan membesarkan anak2 lagi. 
Hopefully kandungan ni twins 😁

Wednesday, October 14, 2015

Kawen sudaaa...


Alhamdullilah.
What else could I say?
Setelah apa yang telah kami lalui.
Akhirnya telah membawa kami ke hari ini
15 Ogos 2015 menjadi saksi penyatuan 2 jiwa kami menjadi satu.

Mengimbas balik detik perkenalan kami, semuanya bermula 3 tahun lepas.
Kami berkenalan di twitter. Dia boleh dikatakan di kalangan tweetfamous manakala aku hanya lah sekadar picisan.
Daripada berbalas-balas mention akhirnya dia Direct Message (DM) mintak no hp.
Sebenarnya ketika itu memang mengharap dia DM pun.

Kami berBBM selepas itu setiap hari setiap masa, bertukar2 gambar.
Bagi aku, tak de lah mengharap ape2 sebab rasa mesti dia sekadar suka2, berniat nak try aku jer dan x serius. Dan aku berkawan dengan dia sebab 'at least ade jugak hp aku berbunyi' gitu.

Pertemuan pertama kami di sebuah Petronas di JB di mana dia berada ketika itu.
Dia langsung tak percaya yang aku akan datang.
Drive all the way dari KL semata nak pergi memujuk dia sebab dia merajuk sebab ape tah.
Dan aku pun tak percaya aku boleh nekad pegi jumpe orang yg x berapa aku kenal dan tak pernah jumpa.
Dan mungkin sejak dari peristiwa itu dia nampak kesunggguhan aku.

Lepas beberapa hari, kami bersama menghadiri satu event di Ipoh. #TwtupIpoh
Dari situ kami mula rapat.
Dan pada 1 Mei 2012 kami bersama ke Bukit Broga.
Disitu puncak Broga janji sehidup semati kami dimetri.
Sweet tak? Ahahahahahha..

Tapi perjalanan kami tak semudah dan selancar yang disangka.
Banyak sangat persengketaan, pergaduhan, perkelahian, permasalahan yang melanda hubungan kami.
Dan tak terkira betapa banyaknya airmata aku yg tertumpah kerana dia.
Dia yang paling suka menyakitkan hati aku, yet dia juga lah yg paling aku sayang.
Hubungan kami pernah terputus berapa kali disebabkan orang ketiga.
Tapi mungkin jodoh kami kuat yang membuatkan kami kembali bersama.

Diantara kawan-kawan kami, ramai yang maklum tentang hubungan kami.
Yang kejap putus kejap sambung kejap putus.

Dan ujian yang paling mencabar bilamana aku ambil keputusan untuk berkahwin dengan orang lain dan tinggalkan dia.
Disitu aku nampak betapa dia kecewa tapi aku cuma mampu cakap yang antara kami tiada jodoh.

Namun berkat doa dia yang menginginkan aku kembali, dan mungkin sebab jodoh kami kuat, perkahwinan aku tak mampu pergi jauh.
Akhirnya lepas aku habis edah, kami mengambil keputusan untuk sambung balik perhubungan kami dan kali ini secara serius utk terus menghalalkan perhubungan kami dengan pernikahan.

Alhamdullilah.
Alhamdullilah.
Alhamdullilah.
Tq Allah.
Kerana mengadakan dia untuk aku.

Kenapa aku pilih dia? Walau dia tak sempurna tapi ada keistimewaannya.
Paling utama cara dia layan anak aku, Danny.
Bukan pura-pura, bukan sengaja tunjuk baik, bukan sekadar mengambil hati.
Selain Daddy Danny siapa lagi yang mampu mandikan Danny, cebokkan Danny berak, suapkan Danny makan, layan karenah mengada Danny, layan merajuk Danny?
Dia.
Malah, dia lelaki terbaik yang pernah aku ada.

I said once, nak amik hati aku, amik hati anak2 aku dulu.
Sebab aku hidup untuk lihat anak2 aku gembira.
Anak2 aku gembira, me as a mother mesti lagi gembira.

Alhamdullilah.
Terima kasih terima aku seadanya.
Terima kasih kerana terima semua kekurangan aku.
Terima kasih kerana sempurnakan semua kekurangan aku.
Terima kasih diatas kesabaran dan kesetiaan selama ini.
Terima kasih husband, I love you very much.